Berikut adalah syarat-syarat Pembiayaan KOBANAS Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad untuk pelancongan.
Kelayakan Pembiayaan KOBANAS Pelancongan
Anggota Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad
Had Kelayakan Pembiayaan KOBANAS Pelancongan
Jumlah Pembiayaan KOBANAS Pelancongan yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi RM10,000.00 (Sepuluh Ribu Ringgit).
Gaji bersih tidak kurang dari 40% gaji pokok setelah ditolak ansuran Pembiayaan yang dipohon.
Tempoh bayaran
Tempoh bayaran balik adalah diantara 1 tahun hingga 5 tahun mengikut jumlah Pembiayaan yang dibuat.
Kadar Faedah Perkhidmatan
Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun berdasarkan kepada sistem ‘Rule 78’.
Syarat-syarat Lain
Penjamin
Setiap Pembiayaan hendaklah mengemukkan penjamin mengikut jumlah pembiayaan yang dipohon seperti berikut:
Salinan Kad Pengenalan penjamin hendaklah dikemukakan dan ditandatangani oleh penjamin.
Takaful
Takaful akan dikenakan keatas pembiayaan ini berdasarkan jumlah pembiayaan, tempoh dan umur peminjam dan akan bayaran akan dibuat melalui potongan gaji peminjam sekali sahaja iaitu pada bulan pertama potongan.
Dokumen sokongan
Setiap pembiayaan hendaklah mengemukakan dokumen sebutharga daripada syarikat pelancongan samada daripada syarikat yang dilanntik ataupun daripada syarikat lain.
Pengesahan Perwakilan
Borang pembiayaan mestilah mendapat pengesahan perwakilan kawasan/negeri yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pejabat KOBANAS.
Slip Gaji Terkini. Peminjam hendaklah mengemukakan salinan asal slip gaji terkini atau salinan yang telah disahkan oleh majikan.