Didaftarkan pada 12 Jun 2000 dengan nama “Koperasi Kakitangan Universiti Sains Malaysia Kelantan Berhad (KKUSMKB)”. Nama koperasi ditukarkan kepada “Koperasi Warga Universiti Sains Malaysia Kelantan Berhad (KWUSMKB)” semasa mesyuarat agung ke 2 tahun 2002. Dan kini ia dijenamakan semula sebagai COOPUSMA.
Koperasi Warga USM Kelantan Berhad dimiliki sepenuhnya oleh kaum Bumiputera dan menjalankan perniagaan koperasi seperti kemudahan kredit (Pinjaman peribadi Bai Al-Einah), Coop Mart (Peruncitan), Kopitiam Lestari (Makanan) dan mempunyai sebuah Kompleks Perkembangan Kanak-kanak (ECCE).
Selain itu, Koperasi Warga USM Kelantan Berhad COOPUSMA menyediakan perkhidmatan Kesihatan (Ambulan, Sports Rehab & Home Care), penyewaan bangunan, kilang air Osmosis Lestari dan Hotel USM yang diberinama Kays Exclusive Motel.
Perniagaan lain yang kendalikan juga adalah dalam bidang hartanah, penyewaan bangunan, E-Coopmart (platform E-Dagang) dan memiliki beberapa subsidiari milik penuh seperti Pusat Dialysis Lestari dan Farmasi Lestari Sdn. Bhd. Telipot Medical Centre (TMC) Sdn. Bhd. adalah 51% milik COOPUSMA dan Pusat Dialisis Nephrolife (Pelaburan Modal 49% koperasi 51% perseorangan).